Cara mudah mengambil foto dalam dewan bahagian 1

Grand Entrance @ Dewan Merak Kayangan, Canon 350D dgn Lensa 17-50mm f/2.8, iso-400, f/2.8, 1/80sec

Antara majlis yang selalu diadakan di dalam dewan ialah ‘Annual Dinner’ syarikat dan Majlis Perkahwinan. Seperti mana-mana ‘event photografi’/fotografi majlis yang lain, untuk mengambil gambar dengan baik, anda perlu biasa@familiar dengan aturcara perjalanan majlis tersebut. Ini akan membolehkan minda fotografi anda bersedia dengan ‘timing’ dan ‘setup’ kamera anda. Sekiranya anda baru dalam bidang fotografi, tidak salah sekiranya anda menjadi jurugambar ‘backup’¬† untuk membiasakan diri anda dengan suasana di dewan. Ini adalah kerana dalam event fotografi, satu detik yang hilang, tidak boleh digantikan dengan detik yang lain lagi.

Bagi ‘Annual Dinner’ atau mana-mana acara korporat, pencahayaan dewan adalah tetap. Kebiasaannya hanya ada dua setup kamera yang perlu anda dapatkan, yakni di bahagian depan pentas dan lain-lain tempat. Bagi Majlis Perkahwinan pula, terdapat pelbagai keadaan pencahayaan yang berbeza, dan lebih dramatik. Mungkin terdapat keadaan di mana cahaya lampu dewan akan dimatikan sepenuhnya, dan hanya spotlight akan digunakan untuk menonjolkan pengantin. Keadaan ini memerlukan anda bijak untuk memilih setup kamera yang terbaik. Lensa yang pantas@fast adalah amat membantu dalam situasi sedemikian rupa.

Untuk kebanyakan event, setup yg terbaik ialah dengan menggunakan dua body, dengan set lensa wide, standard dan telefoto zoom. Kebiasaannya, ini adalah merangkumi lensa 12-24mm,24-70mm, dan 70-200mm. Bergantung pada keadaan, anda boleh memilih dua daripada 3 lensa tersebut utk digunakan pada 2 body anda. Untuk body pula, setup terbaik ialah dengan menggunakan 1 crop sensor, dan satu full frame. Dengan setup sedemikian, anda boleh mendapat pelbagai kombinasi ‘effective focal range’, sebagai contohnya lensa 24-70mm pada crop sensor akan memberikan anda ‘effective focal range’ 36-105mm, manakala pada full frame body, ‘effective focal range’ adalah sama seperti asal, yakni 24-70mm. Untuk dewan, kombinasi lensa standard zoom & telefoto adalah yang terbaik kerana ruang untuk anda bergerak sebagai jurugambar adalah banyak. Sekiranya ruang adalah terhad seperti situasi dalam rumah untuk majlis pernikahan, lensa wide angle adalah amat berguna.

Red Carpet @ Palm Garden, Putrajaya. Nikon D90, Tamron 17-50mm f/2.8, ISO-1250 F/4 1/60 sec

Bagi event, fokus utama anda ialah untuk merakamkan setiap detik. Oleh itu, anda tiada cukup masa dan peluang untuk melakukan setup pencahayaan yang kompleks. Kebanyakan jurugambar akan menggunakan flash pada hot shoe DSLR atau natural lighting/pencahayaan persekitaran. Sekiranya anda sudah selesa dengan penggunaan kedua2 teknik tersebut, anda boleh cuba untuk ‘balance’ di antara penggunaan flash dan pencahayaan persekitaran. Gambar contoh ‘balance’ diantara hot-shoe flash & pencahayaan persekitaran adalah seperti gambar Red Carpet di atas.

Flash untuk ‘balance’ dengan pencahayaan persekitaran sebaiknya dalam setup ‘fill-in flash’, dan ‘colour corrected’. Pembetulan warna. Ini adalah perlu kerana lampu di dewan adalah berwarna kuning, manakala warna¬† flash yang tidak diubah adalah putih. Flash yang tidak ‘colour corrected’ akan menghasilkan gambar yang tidak ‘natural’, kerana objek yang hampir dengan flash akan lebih ‘cold’, manakala kawasan yang jauh yang kurang kena flash akan menjadi lebih ‘warm’ . Untuk mengatasi masalah ini, gel atau ‘omni diffuser’ yang bewarna kuning boleh digunakan.

Contoh diffuser yang boleh didapati dari Digicolor (sila click gambar utk ke website)

Anda juga dinasihatkan untuk menggunakan format RAW untuk fotografi majlis kerana ianya seperti digital negative, memberi banyak fleksibiliti untuk ‘post editing’ ‘exposure’ & ‘white balance’. Software seperti Adobe Lightroom boleh digunakan dalam ‘post editing’ untuk mengedit gambar-gambar format RAW yang banyak dengan cepat.

Seterusnya ialah setup untuk gambar di atas.

‘Grand Entrance’

  1. Kamera diset pada mode aperture priority. Pilih aperture yang terbesar yang lensa anda boleh, bagi lensa yang saya gunakan ialah f/2.8.
  2. Set ISO pada ISO tertinggi yang kamera anda boleh gunakan tanpa excessive noise. Untuk camera Canon 350D, setup tersebut ialah ISO-400. Pastikan shutter speed terendah dalam mode aperture priority ialah 1/40s. Ini untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang ‘motion blur’ yang akan mengakibatkan gambar anda nanti tidak ‘sharp’. Untuk kamera-kamera generasi baru, anda boleh menggunakan setup auto-ISO atau Sensitivity Priority (Sv), di mana anda akan set shutter speed, aperture & maximum ISO, dan kamera menerusi metering akan memilih ISO yang sesuai. Untuk generasi kamera terkini juga, prestasi ISO tinggi juga sangat baik. Contohnya kamera Pentax K-5 yang saya gunakan, saya boleh set maximum ISO kepada ISO-6400 dengan selesa dan tanpa ‘excessive noise’.
  3. Gunakan spot-metering mode atau partial metering kerana kebiasaannya anda mahukan subjek anda yang berada pada titik fokal kamera, adalah properly exposed. Jika bukan default setting, pastikan titik spot-metering anda adalah berpandukan titik fokal kamera anda.
  4. Matikan flash pada hot-shoe kamera. Ini adalah kerana pada ketika gambar tersebut diambil, pencahayaan persekitaran adalah amat menarik.
  5. Ambil gambar dalam format RAW. Check in camera histogram. Pastikan gambar adalah ‘properly exposed’ di mana graf histogram tersebut dalam bentuk taburan normal dalam keempat-empat seksyen histogram seperti contoh di bawah. Sekiranya tidak, perbaiki setting anda pada aperture, shutter speed, ISO dan metering untuk memastikan subjek adalah ‘properly exposed’.
  6. Setelah selesai proses penggambaran, gunakan software seperti Adobe Lightroom/Photoshop Raw Converter untuk ‘recover highlight dan shadow’ pada gambar berkenaan. Ubah ‘exposure’ & ‘white balance’ sehingga anda dapat exposure yang paling sesuai untuk gambar berkenaan.

Teknik untuk ‘balance’ di antara ambient lighting dan flash seperti yang digunakan dalam gambar kedua ‘Red Carpet’ akan kami kongsi dalam posting yg akan datang.

Selamat mencuba!

Comments are closed.